mcmc
Galeri Foto

PESAKIT COVID 19 MENJALANI PEMBEDAHAN PARU PARU

Seorang wanita pesakit COVID-19 berumur 20 tahun telah menjalani pembedahan pemindahan paru-paru pada Jumaat yang lepas. Sebelum ini bergantung penuh pada ventilator dan mesin bantuan paru-paru dan jantung selama 2 bulan.

Pembedahan ini memakan masa 10 jam, dan kata pakar kardiotorasik, ianya sangat sukar kerana paru-paru dipenuhi lubang dan melekat pada dinding dada/tulang rusuk.

Buat masa ini, pesakit masih memerlukan ventilator untuk membantu proses penyembuhan. Namun, dijangkakan pesakit akan sembuh dengan baik dan dapat jalani kehidupan seperti biasa.

Ini adalah pembedahan perpindahan paru-paru COVID-19 pertama di AS yang mana sebelum ini pernah dilakukan di China dan Eropah.

Pesakit sebelum ini mengalami komplikasi yang sangat teruk dalam waktu singkat. Organ seperti hati, jantung, dan buah pinggang mula menunjukkan kerosakan membuatkan pembedahan perpindahan paru-paru dilakukan cepat sejurus mendapat penderma.