SEMPADAN BETONG, THAILAND
Perlancongan dan tempat membeli belah yang terkenal di kawasan ini. Pelbagai aneka pilihan jualan yang dijual di Sempadan Betong, Thailand seperti baju, buah buahan, bag tangan dan sebagainya. Setiap hari Sempadan Betong, Thailand dipenuhi dengan kunjungan bukan sahaja dari penduduk setempat, malah dari pelbagai daerah dan negeri. Jarak dari Felda Nenering untuk ke Sempadan Betong, Thailand hanya 15 minit sahaja.
CHALET AIR PANAS,PENGKALAN HULU,PERAK.
Chalet Air Panas ini terletak di Pengkalan Hulu dan ia merupakan tempat pelancongan yang sering menjadi tumpuan oleh orang- orang kampung dan juga penduduk luar kawasan. Jarak di antara Chalet Air Panas ini dari FELDA Nenering adalah lebih kurang dalam 11 kilometer. Chalet Air Panas ini menjadi tumpuan kerana banyak kemudahan- kemudahan yang boleh diperolehi di Chalet Air Panas ini.
Waktu Operasi :
Isnin sehingga Jumaat: 7.00 Pagi – 9.00 Malam
Sabtu dan Ahad: 8 Pagi – 5 Petang
Kemudahan Asas :
- * Surau
- * Chalet
- * Dorm
- * Kantin
- * Homestay
- * Kolam air panas
Aktiviti :
- * Kem motivasi pelajar sekolah
- * Mesyuarat
- * Beristirehat
Alamat :
Chalet Air Panas,Jalan Betong,33100 Pengkalan Hulu,Perak darul Ridzuan.
Tel : 04- 4477059
Fax : 04- 4477822
*Sumber dari Pejabat Felda Nenering 1