mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x LIFELONG LEARNING – SKILL FORGE MAHIR AGRI PINTAR MINGGU 10 : TEKNOLOGI LEPAS TUAI DAN PEMBUNGKUSAN

TARIKH: 29 OKTOBER 2025
MASA: 9.30 – 11.00 PAGI
PESERTA: KOMUNITI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan amalan terbaik dalam pengendalian hasil pertanian selepas tuaian. Program ini menekankan penggunaan teknologi moden dan kaedah inovatif bagi memastikan kualiti, kesegaran, serta jangka hayat hasil pertanian dapat dikekalkan sebelum sampai ke pasaran. Inisiatif ini juga bertujuan melahirkan peserta yang celik teknologi dan berpengetahuan dalam aspek pembungkusan berkesan, sejajar dengan keperluan industri pertanian pintar dan kelestarian makanan masa kini.

Aktiviti :
Sesi teori dan demonstrasi berkaitan teknologi lepas tuai, termasuk kaedah penyimpanan, penggredan, pengeringan, dan rawatan hasil pertanian untuk mengurangkan kerosakan serta pembaziran. Peserta turut akan mempelajari teknik pembungkusan moden, seperti penggunaan bahan mesra alam, pembungkusan vakum, dan pelabelan pintar bagi meningkatkan nilai pasaran produk. Selain itu, sesi interaktif seperti perbincangan kumpulan, kajian kes, serta perkongsian pengalaman oleh pengusaha agroindustri berjaya turut diadakan bagi memperkukuh kefahaman peserta terhadap aplikasi sebenar teknologi lepas tuai dalam rantaian nilai pertanian.

GAMBAR AKTIVITI