| TARIKH | : 25 JANUARI 2026 |
| MASA | : 2.00 – 4.00 PETANG |
| PESERTA | : KOMUNITI MADANI |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Aktiviti pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning) yang dijalankan melalui aplikasi WhatsApp, bertujuan meningkatkan kefahaman peserta tentang kenegaraan, patriotisme dan sivik secara interaktif dan menyeronokkan. Aktiviti ini dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik secara digital dan meningkatkan pengetahuan kenegaraan. Di samping itu, aktiviti juga menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaborasi dalam memupuk semangat patriotisme cinta negara dalam kalangan komuniti Felda Nenering 1.
Aktiviti :
Whatsapp Explorace (Explorasi Kenegaraan) – Aktiviti dijalankan mengikut checkpoint dan arahan yang diberikan melalui aplikasi Whatsapp oleh staf NADI Felda Nenering 1 kepada peserta yang terdiri dari komuniti. Cabaran pertama dimulakan dengan menghantar gambar pasukan mengikut kreativiti dan harus berunsurkan patriotisme. Kemudian cabaran diteruskan dengan padanan gambar mengikut warna Jalur Gemilang serta bendera negeri dalam Malaysia. Di akhir eksplorasi, komuniti perlu membina ‘straw bridge’ paling kukuh dan boleh menampung beban yang disediakan oleh staf NADI.