mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025 – NADI x PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – OPEN TUITION DILEA BAHASA MELAYU

TARIKH: 18 SEPTEMBER 2025
MASA: 3.30 – 4.30 PETANG
PESERTA: PESERTA DILEA
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Menyediakan peluang pembelajaran yang fleksibel dan mudah diakses kepada individu dari pelbagai lapisan masyarakat bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu. Inisiatif ini juga menyokong usaha kerajaan dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat, di samping memperkukuh kemahiran bahasa sebagai alat komunikasi dan pembangunan diri.

Aktiviti :
Kelas tuition dalam talian secara langsung yang dikendalikan oleh guru pakar dalam bidang bahasa Melayu. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada bahan interaktif seperti video pembelajaran, kuiz digital, sesi soal jawab, dan latihan bertulis yang membantu memperkukuh pemahaman terhadap aspek tatabahasa, penulisan, dan kefahaman. Aktiviti ini direka bentuk agar bersifat menarik, mudah difahami dan sesuai untuk pelajar pelbagai peringkat umur.

GAMBAR AKTIVITI