mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025 – NADI x KEUSAHAWANAN : KIDVENTURE (WEBINAR OPERASI PERNIAGAAN)

TARIKH: 20 SEPTEMBER 2025
MASA: 10.00 – 11.00 PAGI
PESERTA: USAHAWAN CILIK
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan murid dan belia dengan memberikan pendedahan awal mengenai asas pengurusan dan operasi perniagaan. Melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan bersesuaian dengan peringkat umur, program ini diharapkan dapat menanam minat dan pengetahuan asas keusahawanan, serta menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam dunia perniagaan.

Aktiviti :
Webinar interaktif yang membincangkan topik-topik seperti pengurusan sumber, strategi pemasaran asas, pengurusan kewangan, serta langkah-langkah memulakan perniagaan kecil. Webinar ini dikendalikan oleh usahawan muda dan fasilitator berpengalaman, lengkap dengan sesi soal jawab, kuiz, serta aktiviti simulasi perniagaan yang memberi peluang kepada peserta untuk memahami secara praktikal bagaimana sesebuah perniagaan dijalankan.

GAMBAR AKTIVITI