| TARIKH | : 7 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | : 10.00 PAGI – 4.00 PETANG |
| PESERTA | : KOMUNITI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Program Merdeka & Hari Malaysia x NADI Felda Nenering 1 ini dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan komuniti setempat, khususnya generasi muda. Melalui penganjuran pelbagai aktiviti yang berunsurkan nilai kenegaraan, kesihatan, kreativiti dan teknologi, program ini juga berperanan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai nilai perpaduan dan kerjasama dalam suasana yang harmoni dan inklusif.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya pertandingan Replika Merdeka, mewarna untuk kanak-kanak, serta aktiviti Memasak Merdeka yang menampilkan hidangan berasaskan pulut berkonsepkan kemerdekaan. Program turut diserikan dengan tayangan wayang pacak Merdeka, pertandingan e-sukan, kuiz kemerdekaan, dan pemeriksaan kesihatan percuma yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk. Komuniti Felda Nenering 1 yang hadir juga digalakkan memakai pakaian bertemakan Hari Kebangsaan, ia bertujuan untuk menjadikan suasana lebih meriah dan penuh warna-warni semangat patriotik. Keseluruhan program ini berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat, sekaligus memperkukuh semangat kebangsaan dalam komuniti Felda Nenering 1.
