mcmc
Laporan AktivitiUncategorized

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x LIFELONG LEARNING : SKILL FORGE E-SUKAN OKTOBER (SAINS SUKAN : FIZIKAL & PEMULIHAN)

TARIKH: 4 OKTOBER 2025
MASA: 12.00 – 12.15 TENGAHARI
PESERTA: KOMUNITI NADI FELDA NENERING 1
TEMPAT: FELDA NENERING 1

Tujuan :
E sukan Oktober (Sains Sukan: Fizikal & Pemulihan) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan sains sukan dalam pembangunan prestasi atlet serta proses pemulihan fizikal yang berkesan, khususnya dalam konteks esukan. Inisiatif ini juga menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan memberi pendedahan kepada teknik-teknik penjagaan kesihatan fizikal, ergonomik, dan keseimbangan mental yang relevan untuk pemain esukan dan komuniti umum.

Aktiviti :
Pembentangan slide esukan mengenai kaedah pencegahan kecederaan dan teknik pemulihan, bengkel regangan dan senaman pemulihan untuk pemain esukan, serta demonstrasi penggunaan teknologi dalam memantau tahap kecergasan. Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai sesi simulasi permainan esukan yang menekankan postur tubuh yang betul dan pengurusan stres, selaras dengan amalan sains sukan yang holistik.

GAMBAR AKTIVITI