| TARIKH | : 18 OKTOBER 2025 |
| MASA | : 2.00 – 3.00 PETANG |
| PESERTA | : KOMUNITI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, emosi dan fizikal melalui pendekatan santai dan mudah diakses seperti menonton podcast dan webinar berkaitan kesihatan. Inisiatif ini menyasarkan golongan pelajar dan komuniti untuk mendapatkan maklumat sahih, pemahaman yang lebih mendalam tentang isu kesihatan semasa, serta memperkukuh amalan gaya hidup sihat secara kendiri dan berterusan.
Aktiviti :
Peserta menonton siri podcast dan webinar terpilih yang menyentuh topik seperti pengurusan stres, tidur yang berkualiti, pemakanan sihat, kesihatan mental dalam kalangan remaja, serta tip penjagaan diri secara holistik. Sesi tontonan ini akan disusuli dengan perbincangan reflektif, aktiviti soal jawab, serta perkongsian pandangan antara peserta. Selain itu, nota ringkas dan infografik berkaitan turut diberikan untuk memudahkan pemahaman dan amalan harian.
