mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x LIFEONG LEARNING : SKILL FORGE MAHIR JAHIT MINGGU 11 (MENGGUNTING KURUNG PESAK)

TARIKH: 2 OKTOBER 2025
MASA: 3.00 – 4.30 PETANG
PESERTA: KOMUNITI NADI FELDA NENERING 1
TEMPAT: FELDA NENERING 1

Tujuan :
Memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada pelajar dalam proses menggunting kain untuk baju kurung pesak. Aktiviti ini bertujuan agar pelajar dapat memahami susun atur pola, teknik mengukur yang tepat, serta cara menggunting kain mengikut pola dengan betul dan kemas, seterusnya mempersiapkan pelajar untuk fasa menjahit.

Aktiviti:
Peserta mahir jahit akan memulakan sesi dengan menyemak semula ukuran badan dan pola kurung pesak yang telah disediakan. Seterusnya, mereka akan mempelajari cara melipat kain dan meletakkan pola dengan posisi yang betul sebelum proses pengguntigan dimulakan. Guru akan memberi tunjuk ajar secara langkah demi langkah dan membimbing pelajar semasa mereka menggunting bahagian-bahagian utama seperti bahagian hadapan, belakang, pesak dan kekek. Akhir sekali, pelajar akan menanda setiap bahagian kain yang telah digunting untuk persediaan ke sesi menjahit seterusnya.

GAMBAR AKTIVITI