mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x LIFELONG LEARNING (SKILL FORGE MAHIR AGRI PINTAR MINGGU 8 : KEPERLUAN ASAS TANAMAN DAN PEMBAJAAN)

TARIKH: 8 OKTOBER 2025
MASA: 9.30 – 11.00 PAGI
PESERTA: KOMUNITI NADI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Mahir Agri Pintar Minggu 8 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mahir agri dalam bidang pertanian pintar, khususnya berkaitan keperluan asas tanaman dan teknik pembajaan yang betul. Inisiatif ini menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan platform pembelajaran praktikal kepada peserta mahir untuk mengamalkan pertanian berskala kecil yang mampan, selaras dengan usaha memperkasakan keterampilan kendiri dan kelestarian alam sekitar.

Aktiviti :
Dalam minggu ke-8 ini, peserta mahir agri akan didedahkan kepada teori asas keperluan tanaman seperti cahaya, air, nutrien, dan medium tanah yang sesuai. Aktiviti diteruskan dengan sesi demonstrasi pembajaan menggunakan kaedah konvensional dan moden, termasuk teknik pembajaan organik dan penggunaan baja cecair buatan sendiri. Peserta mahri agri juga akan terlibat secara langsung dalam aktiviti menilai kesuburan tanah, menyediakan baja, serta membuat pemerhatian tumbesaran tanaman berdasarkan input pembajaan. Sesi soal jawab interaktif turut dijalankan bagi memastikan kefahaman dan penerapan ilmu secara menyeluruh.

GAMBAR AKTIVITI