| TARIKH | : 12 OKTOBER 2025 |
| MASA | : 10.00 – 11.00 PAGI |
| PESERTA | : KOMUNITI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
E-Sukan Oktober bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai aspek kesihatan dan sains sukan yang berkaitan dengan prestasi atlet, khususnya dalam konteks fizikal, pemulihan kecederaan, serta bahaya penggunaan bahan terlarang dalam sukan. Program ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan amalan pemulihan yang betul dan kesedaran anti-doping sebagai sebahagian daripada pembangunan atlet yang sihat, beretika dan berdaya saing, termasuk dalam bidang e-sukan yang semakin berkembang.
Aktiviti :
Sesi tayangan slide berkaitan kaedah pemulihan fizikal, pengurusan kecederaan ringan, serta teknik regangan dan rehat yang efektif. Selain itu, peserta akan mempelajari jenis-jenis bahan terlarang, kesannya terhadap tubuh badan dan kerjaya atlet, serta prosedur kawalan doping dalam kejohanan sukan.
