mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x LIFELONG LEARNING (NURTURE DILEA OPEN TUITION MATEMATIK TINGKATAN 1 & 2)

TARIKH: 14 OKTOBER 2025
MASA: 3.30 – 4.30 PETANG
PESERTA: KOMUNITI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam subjek Matematik melalui bimbingan secara terbuka dan interaktif. Program ini memberi fokus kepada pemahaman konsep asas Matematik, penyelesaian masalah, serta teknik menjawab soalan secara berkesan. Inisiatif ini juga menyokong usaha memperkukuh pencapaian akademik pelajar serta membina keyakinan dalam menghadapi peperiksaan.

Aktiviti :
Sesi ulang kaji topik-topik utama mengikut silibus Tingkatan 1 dan 2, latihan soalan peperiksaan sebenar, penerangan langkah demi langkah penyelesaian masalah, dan aktiviti kuiz secara berkumpulan. Pelajar turut diberi peluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada guru, berbincang dalam kumpulan kecil, serta mencuba soalan berbentuk KBAT. Sesi dikendalikan dalam suasana santai tetapi fokus, bagi memastikan setiap pelajar dapat mengikuti pembelajaran mengikut tahap pemahaman masing-masing.

GAMBAR AKTIVITI