mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x LIFELONG LEARNING : WEBINAR PEMASARAN DIGITAL (NURTURE E KELAS USAHAWAN)

TARIKH: 23 OKTOBER 2025
MASA: 10.00-11.00 PAGI
PESERTA: KOMUNITI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Webinar Pemasaran Digital (E-Kelas Usahawan) bertujuan untuk memperkasa usahawan dan bakal usahawan dengan ilmu serta kemahiran dalam bidang pemasaran digital yang relevan dengan keperluan pasaran masa kini. Melalui inisiatif ini, peserta akan didedahkan kepada strategi dan teknik pemasaran atas talian yang berkesan bagi meningkatkan kehadiran jenama, menarik pelanggan baharu, dan mengukuhkan daya saing perniagaan. Program ini juga menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan memberi peluang kepada peserta untuk terus menambah ilmu dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dalam dunia keusahawanan.

Aktiviti :
Sesi perkongsian ilmu oleh pakar industri yang akan membincangkan topik seperti asas pemasaran digital, penggunaan media sosial sebagai alat promosi, strategi pengiklanan berbayar, dan analisis data pelanggan. Peserta juga akan terlibat dalam bengkel interaktif secara dalam talian bagi mempraktikkan kemahiran seperti mencipta kandungan digital, membina jenama perniagaan, serta merancang kempen pemasaran yang berkesan. Di samping itu, sesi soal jawab dan perbincangan kumpulan turut dijalankan bagi menggalakkan pertukaran idea serta pengalaman antara peserta dan penceramah.

GAMBAR AKTIVITI