mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x AWARENESS : WEBINAR SAFE & SHEILD (SAFE : LINDUNGI DATA PERIBADI & SHIELD : BULI SIBER)

TARIKH: 14 OKTOBER 2025
MASA: 3.00 – 5.00 PETANG
PESERTA: KOMUNITI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Webinar SAFE & SHIELD dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan peserta tentang kepentingan keselamatan digital, khususnya dalam melindungi data peribadi dan menangani isu buli siber. Komponen SAFE memberi fokus kepada langkah-langkah melindungi maklumat peribadi di alam maya, manakala SHIELD memberi penekanan terhadap kesan negatif buli siber serta cara mengatasinya dengan berhemah. Program ini bertujuan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, beretika dan celik keselamatan siber.

Aktiviti :
Sesi SAFE yang membincangkan kaedah melindungi data peribadi seperti tetapan privasi, penggunaan kata laluan selamat dan pengenalpastian laman sesawang palsu, diikuti pula dengan sesi SHIELD yang menyentuh jenis-jenis buli siber, tanda-tanda mangsa buli, dan langkah intervensi. Aktiviti interaktif seperti kuiz keselamatan digital, simulasi situasi siber, serta sesi soal jawab bersama penceramah dijalankan bagi menggalakkan penglibatan aktif peserta dan memperkukuh pemahaman mereka terhadap isu keselamatan siber semasa.

GAMBAR AKTIVITI