mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x AWARENESS (WEBINAR ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM)

TARIKH: 10 OKTOBER 2025
MASA: 2.30 – 4.30 PETANG
PESERTA: KOMUNITI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai risiko dan ancaman keselamatan siber yang sering berlaku di tempat awam seperti pusat beli-belah, kafe siber, dan rangkaian Wi-Fi terbuka. Inisiatif ini penting bagi mendidik komuniti tentang langkah berjaga-jaga serta amalan keselamatan digital yang betul ketika menggunakan peranti dan internet di lokasi awam, selaras dengan usaha membentuk pengguna digital yang bijak dan beretika.

Aktiviti :
Webinar ini merangkumi sesi taklimat oleh penceramah pakar dalam bidang keselamatan siber yang berkongsi tentang jenis-jenis ancaman seperti pancingan data (phishing), pemantauan tidak sah (sniffing), dan serangan perisian hasad (malware). Peserta juga akan didedahkan kepada kaedah melindungi data peribadi, kepentingan penggunaan VPN, serta teknik mengenal pasti Wi-Fi awam yang tidak selamat. Di akhir sesi, peserta berpeluang menyertai kuiz keselamatan digital serta sesi soal jawab secara interaktif bagi memperkukuh pemahaman.

GAMBAR AKTIVITI