mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x AWARENESS – KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

TARIKH: 29 OKTOBER 2025
MASA: 2.00 – 4.00 PETANG
PESERTA: PELAJAR SEKOLAH
TEMPAT: SMK TAN SERI AZIZ

Tujuan :
Kempen Internet Selamat (K.I.S) Zon Pengkalan Hulu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman murid serta pelajar tentang kepentingan keselamatan dalam penggunaan internet. Dengan penyertaan daripada 11 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah, program ini bertujuan untuk membimbing golongan muda agar celik digital serta beretika dalam talian. Inisiatif ini juga menyokong usaha membentuk persekitaran digital yang selamat, positif, dan bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah di era teknologi masa kini.

Aktiviti :
Ceramah kesedaran oleh MCMC dan Petugas NADI, bengkel keselamatan digital (seperti pengurusan kata laluan, privasi akaun, dan pengesanan penipuan dalam talian), peserta diagihkan kumpulan dan bertemakan “Internet Selamat”, serta kuiz interaktif berkaitan etika dan keselamatan siber. Sesi interaktif turut diadakan untuk sekolah-sekolah yang terlibat bagi menarik minat pelajar dalam memahami peranan mereka sebagai pengguna internet yang bijak dan berhemah.

GAMBAR AKTIVITI