mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2025 – WEBINAR NADI x CYBERSECURITY (SELAMATKAH TELEFON ANDA DARIPADA ANCAMAN?)

TARIKH: 14 OGOS 2025
MASA: 3.00 – 4.30 PETANG
PESERTA: AHLI NADI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan:
Selamatkah Telefon Anda Daripada Ancaman? Webinar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai kepentingan keselamatan siber, khususnya dalam melindungi data peribadi serta maklumat sulit yang tersimpan di dalam telefon pintar. Program ini juga berhasrat memberi pendedahan tentang potensi ancaman siber dan cara mengamalkan langkah pencegahan yang berkesan bagi memastikan penggunaan teknologi lebih selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti:
Sesi penerangan dan perkongsian ilmu daripada pakar keselamatan siber, demonstrasi tentang kaedah mengenal pasti ancaman digital, serta sesi soal jawab interaktif bagi membolehkan peserta mendapatkan penjelasan lanjut. Melalui aktiviti ini, peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan teori, malah dapat memahami langkah praktikal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan tahap keselamatan digital.

GAMBAR AKTIVITI