mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2025 – NADI MAHIR (MAHIR FOTO MINGGU-5 : TIPS SMARTPHONE, JENIS-JENIS FOTOGRAFI TEKNIK COMPOSITON, ELEMENT & PERSPEKTIF DALAM FOTOGRAFI)

TARIKH: 20 OGOS 2025
MASA: 3.00 – 4.30 PETANG
PESERTA: PESERTA MAHIR FOTO
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas kemahiran fotografi digital dengan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar. Program ini bertujuan untuk membina kreativiti pelajar dalam menghasilkan gambar berkualiti melalui pemahaman tentang elemen asas fotografi, teknik komposisi, serta perspektif visual. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti pelbagai jenis fotografi dan bagaimana setiap genre mempunyai keunikan tersendiri dari segi teknik dan penyampaian mesej visual.

Aktiviti :
– Aktiviti program merangkumi empat komponen utama iaitu:
Jenis-Jenis Fotografi – Pengenalan kepada pelbagai genre fotografi seperti fotografi potret, landskap, makro, jalanan, dan dokumentari, beserta contoh dan perbincangan tentang tujuan serta pendekatan masing-masing.
Tips Smartphone – Penerangan tentang tetapan asas kamera telefon, pencahayaan, fokus, dan cara memaksimumkan fungsi peranti untuk menghasilkan gambar berkualiti.
Elemen & Perspektif dalam Fotografi – Pengenalan kepada elemen penting seperti garisan, bentuk, warna, tekstur serta penggunaan sudut pandangan (perspektif) dalam membentuk visual yang menarik.
Teknik Komposisi – Pelajar didedahkan kepada teknik seperti Rule of Thirds, Leading Lines, Framing, dan Symmetry dalam menghasilkan gambar yang seimbang dan estetik.

GAMBAR AKTIVITI