mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2025 – NADI MAHIR (KELAS MAHIR JAHIT MINGGU KETIGA)

TARIKH: 6 OGOS 2025
MASA: 3.00 -4.30 PETANG
PESERTA: PESERTA MAHIR JAHIT
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Penyertaan dalam Kelas Mahir Jahit Minggu Kedua di bawah program NADI MAHIR yang memfokuskan kepada kemahiran menyukat badan memberi manfaat besar kepada peserta dalam bidang jahitan asas. Peserta dapat mempelajari teknik menyukat badan dengan betul dan tepat, yang merupakan langkah penting dalam menghasilkan pakaian yang sesuai dan selesa dipakai. Kemahiran ini juga melatih peserta agar lebih teliti, sabar dan berdisiplin dalam kerja tangan. Selain itu, ia dapat meningkatkan kefahaman tentang struktur dan ukuran tubuh manusia serta mengasah kemahiran komunikasi apabila berinteraksi dengan individu semasa proses penyukatan dijalankan.

Aktiviti :
Peserta diperkenalkan kepada peralatan asas penyukatan seperti pita ukur, buku catatan ukuran, dan carta ukuran badan. Peserta diajar cara menyukat bahagian utama badan seperti bahu, dada, pinggang, pinggul, panjang lengan dan panjang baju dengan teknik yang betul. Aktiviti dijalankan secara berpasangan di mana setiap peserta berpeluang menyukat dan disukat, serta merekodkan ukuran dengan tepat. Fasilitator turut memberi tunjuk ajar secara langsung dan memberi tips untuk mendapatkan ukuran yang konsisten. Aktiviti ini dilaksanakan dalam suasana yang praktikal dan menyeronokkan, sekali gus mengukuhkan pemahaman peserta terhadap asas jahitan yang penting.

GAMBAR AKTIVITI