mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2025 – NADI x PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : NADI DILEA (OPEN TUITION SAINS)

TARIKH: 28 OGOS 2025
MASA: 3.30 – 4.30 PETANG
PESERTA: PESERTA DILEA
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Memberikan peluang pembelajaran percuma dan mudah diakses dalam subjek sains kepada pelajar, terutamanya mereka yang menghadapi kesukaran dalam memahami topik-topik tertentu. Program ini diadakan untuk memperkasa pelajar dalam menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tunjuk ajar secara terperinci, di samping membantu meningkatkan pemahaman serta minat mereka terhadap subjek sains.

Aktiviti :
Sesi pembelajaran interaktif yang merangkumi pelbagai topik sains seperti Fizik, Kimia, dan Biologi. Setiap sesi akan diadakan dalam bentuk kelas dalam talian atau bersemuka, di mana pelajar boleh berinteraksi langsung dengan tenaga pengajar. Selain itu, sesi soal jawab, kuiz sains, serta pembahagian nota dan bahan pembelajaran turut dilaksanakan untuk memastikan pelajar dapat menguasai konsep dengan lebih baik. Program ini juga menawarkan latihan praktikal bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam eksperimen sains.

GAMBAR AKTIVITI