| TARIKH | : 1 NOVEMBER 2025 |
| MASA | : 10.00 – 11.00 PAGI |
| PESERTA | : KOMUNITI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
KidVentures Edisi Khas (Business Module Canva) bertujuan untuk memperkenalkan konsep keusahawanan kepada kanak-kanak melalui pendekatan kreatif dan interaktif. Program ini memberi tumpuan kepada pemahaman asas perniagaan, idea kreatif, serta perancangan model perniagaan menggunakan Business Model Canva yang mudah difahami. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membangunkan kemahiran berfikir kritis, penyelesaian masalah, dan keyakinan diri dalam kalangan peserta muda, sambil menanam minat terhadap keusahawanan sejak awal.
Aktiviti :
Sesi pembelajaran interaktif di mana peserta diajar untuk merancang dan membina model perniagaan mereka sendiri menggunakan Business Model Canva, termasuk aspek produk, pelanggan, nilai tawaran, dan saluran pemasaran. Peserta juga akan terlibat dalam perbincangan kumpulan, perkongsian idea, dan pembentangan projek mini bagi menguji kreativiti dan kefahaman mereka. Selain itu, program ini menyediakan bimbingan praktikal daripada mentor, kuiz interaktif, serta aktiviti hands-on untuk menggalakkan penglibatan aktif, pemikiran inovatif, dan semangat berpasukan di kalangan peserta muda.
