TARIKH | : MEI 2025 |
MASA | : 9 – 6 PETANG |
TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
PESERTA | : PESERTA MAHIR JAHIT |
Tujuan :
Kelas Mahir Jahit memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran menjahit pakaian tradisional yang diberi sentuhan moden secara terperinci, bermula dari proses mengambil ukuran, melukis dan membuat pola, memotong kain, hinggalah kepada teknik menjahit dan kemasan akhir. Peserta akan dibimbing secara praktikal dalam menghasilkan baju kurung moden yang kemas dan terletak, sambil mempelajari teknik menjahit lengan, leher, zip tersembunyi, serta sentuhan moden seperti potongan princess dan dart. Kelas ini bukan sahaja mengasah kreativiti dan kemahiran teknikal, malah membuka peluang kepada peserta untuk menjadikan kemahiran ini sebagai hobi atau sumber pendapatan.
Aktiviti :
Aktiviti dalam kelas menjahit baju Kurung Moden termasuk pengenalan kepada jenis fabrik dan alatan jahitan, mengambil dan mencatat ukuran badan, melukis dan memotong pola baju kurung moden, memotong kain mengikut pola, serta menjahit bahagian-bahagian seperti badan, lengan, leher dan pemasangan zip. Peserta juga akan menjalani sesi jahitan kemasan seperti lipatan bawah, jahitan pinggang, serta teknik memasang dart atau potongan princess. Aktiviti disertakan dengan demonstrasi oleh tenaga pengajar, sesi praktikal individu, dan tunjuk ajar langkah demi langkah bagi memastikan setiap peserta dapat menyiapkan sepasang baju kurung moden dengan sempurna.