TARIKH | : MEI 2025 |
MASA | : 10.00 PAGI -1.00 PETANG |
TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
PESERTA | : PESERTA MAHIR GADJET |
Tujuan :
Kelas ini memberikan pendedahan asas dan praktikal kepada peserta tentang teknik membaiki telefon pintar, bermula dari mengenal pasti kerosakan hinggalah kepada proses membaiki komponen tertentu. Peserta akan mempelajari kemahiran mengenal pasti masalah pada perisian dan perkakasan, membaiki skrin retak, menukar bateri, membaiki port pengecas, serta langkah-langkah penjagaan telefon dengan betul. Kelas ini sangat bermanfaat bagi mereka yang berminat dalam bidang teknikal, serta berpotensi membuka peluang menjana pendapatan melalui perkhidmatan baik pulih gadjet.
Aktiviti :
Aktiviti dalam Kelas Mahir Gadjet (Membaiki Telefon) termasuk pengenalan kepada komponen asas telefon pintar, mengenal pasti jenis-jenis kerosakan biasa, demonstrasi membuka dan memasang semula telefon, latihan menukar skrin dan bateri, membaiki port pengecas, serta sesi praktikal membaiki perisian asas seperti reset sistem atau pemasangan firmware. Peserta juga akan didedahkan kepada penggunaan alat pembaikan seperti soldering kit, multimeter, dan heat gun, serta tips keselamatan dan penjagaan peralatan. Aktiviti disusun secara hands-on bagi memastikan peserta benar-benar memahami dan menguasai setiap teknik yang dipelajari.