mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2025 – KELAS DIY MEMBUAT BOUQUET BERSAMA KOMUNITI

TARIKHMEI 2025
MASA9.00 PAGI – 1.30 PETANG
TEMPATNADI FELDA NENERING 1
PESERTAKOMUNITI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Sempena sambutan Hari Guru, NADI Felda Nenering 1 mengambil peluang untuk menyediakan kelas DIY bouquet yang dianjurkan oleh NADI. Aktiviti ini amat menarik dan bermanfaat kerana peserta dapat mempelajari teknik asas dalam menggubah bunga dengan kreatif serta menghasilkan sejambak bouquet yang cantik dan bermakna. Kelas ini bukan sahaja memberi peluang untuk mengekspresikan kreativiti, malah turut memupuk semangat menghargai jasa guru melalui hasil tangan sendiri. Selain itu, penyertaan bersama rakan-rakan menjadikan pengalaman yang lebih menyeronokkan dan mengeratkan lagi hubungan sesama peserta.

Aktiviti :

Antara aktiviti menarik yang telah mereka buat adalah membuat langkah demi langkah cara menghasilkan sejambak bunga yang menarik, termasuk teknik melilit tangkai, menyusun bunga dengan seimbang, serta menambah hiasan seperti reben dan kad ucapan. NADI juga diberi peluang memilih sendiri bunga dan warna kegemaran untuk mencipta bouquet yang unik dan peribadi. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mengasah kreativiti dan memberi peluang untuk menunjukkan penghargaan kepada guru melalui hasil tangan sendiri. Suasana kelas yang ceria dan penuh semangat kerjasama menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan sukar dilupakan.

GAMBAR AKTIVITI