mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI KELAS KOMUNITI MADANI

TARIKH: 10 NOVEMBER 2025
MASA: 10.00 – 12.00 TENGAHARI
PESERTA: KOMUNITI MADANI
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menyediakan Loaded Nachos yang mudah, cepat dan sesuai untuk hidangan keluarga atau majlis komuniti.Menggalakkan kreativiti dalam penyediaan makanan, termasuk penggunaan topping yang pelbagai, sihat dan mengikut cita rasa tempatan.Meningkatkan kemahiran asas kulinari seperti teknik penyediaan bahan, cara memasak sos, dan kaedah penyusunan hidangan yang menarik. Kelas ini juga dapat mengukuhkan jaringan komuniti dengan mengumpulkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk berkongsi pengalaman dan minat dalam dunia masakan.

Aktiviti :
Kelas Komuniti MADANI – Demonstrasi Loaded Nachos dimulakan dengan pengenalan tentang bahan dan konsep hidangan, diikuti demonstrasi langkah demi langkah cara menyediakan Loaded Nachos yang mudah dan menarik, sambil peserta diberi peluang mencuba teknik asas secara praktikal. Aktiviti diakhiri dengan sesi rasa, perkongsian idea dan refleksi untuk menggalakkan kreativiti serta menguatkan semangat kebersamaan dalam komuniti selaras dengan nilai MADANI

GAMBAR AKTIVITI