mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025 – NADI x KESEDARAN (TAKLIMAT PERISIAN MERBAHAYA & TAKLIMAT LAMAN WEB BERBAHAYA)

TARIKH: JUN 2025
MASA: 3 – 5 PETANG
PESERTA: AHLI NADI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Program NADI x Kesedaran yang menampilkan Taklimat Perisian Merbahaya dan Taklimat Laman Web Berbahaya merupakan satu usaha penting dalam meningkatkan literasi keselamatan digital dalam kalangan komuniti. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai bentuk ancaman siber seperti virus, malware, spyware, dan perisian hasad yang boleh merosakkan peranti atau mencuri maklumat peribadi. Selain itu, peserta juga diberi pengetahuan tentang ciri-ciri laman web berbahaya, kaedah penipuan dalam talian seperti phishing, serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi data diri, terutamanya ketika melayari internet atau menggunakan perkhidmatan atas talian. Taklimat ini turut menekankan kepentingan penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan 2-step verification, dan kesedaran untuk tidak memuat turun fail atau perisian daripada sumber yang tidak sah. Inisiatif ini bukan sahaja melindungi komuniti daripada jenayah siber, tetapi juga membentuk masyarakat yang lebih bijak, bertanggungjawab dan selamat dalam penggunaan teknologi selaras dengan aspirasi digital negara dan prinsip MADANI.

Aktiviti :
Sesi taklimat interaktif mengenai jenis-jenis perisian berbahaya dan cara ia berfungsi, simulasi pengesanan laman web palsu, demonstrasi serangan siber biasa seperti phishing, serta bengkel langkah pencegahan dan amalan keselamatan digital. Peserta turut mengambil bahagian dalam kuiz keselamatan siber dan sesi soal jawab bersama pakar IT bagi memperkukuh kefahaman. Aktiviti ini direka bentuk bagi memastikan komuniti lebih peka, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan dunia digital masa kini.

GAMBAR AKTIVITI