TARIKH | : SETIAP HARI (KECUALI CUTI UMUM) |
MASA | : 9.00 PAGI – 6.00 PTG (REHAT 1-2) |
PESERTA | : SEMUA AHLI NADI |
TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Pemeriksaan kesihatan untuk komuniti di NADI Felda Nenering 1 yang memfokuskan kepada pengukuran tekanan darah, kadar gula dalam darah, dan indeks jisim badan (BMI) merupakan satu inisiatif penting bagi meningkatkan kesedaran serta memantau tahap kesihatan masyarakat secara menyeluruh. Melalui pemeriksaan ini, semua komuniti Felda Nenering 1 dapat mengetahui tahap tekanan darah mereka, yang membantu mengesan awal risiko hipertensi atau masalah jantung. Pengukuran kadar gula dalam darah pula memainkan peranan utama dalam mengenal pasti individu yang berisiko menghidap diabetes atau yang sudah mempunyai tahap gula yang tidak terkawal. Sementara itu, pengiraan BMI membolehkan komuniti memahami status berat badan mereka sama ada normal, berlebihan, atau obes, yang mana faktor ini sering berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik. Program sebegini bukan sahaja membantu dalam pengesanan awal masalah kesihatan, tetapi juga menggalakkan komuniti untuk mengambil tindakan proaktif demi kesejahteraan diri dan keluarga dalam jangka panjang.
Aktiviti :
Saringan kesihatan ini di mana semua komuniti yang hadir ke NADI Felda Nenering 1 akan diperiksa tekanan darah menggunakan alat sphygmomanometer, kadar gula dalam darah melalui ujian cap jari, serta pengukuran berat dan tinggi untuk pengiraan BMI. Setiap komuniti kemudiannya menerima rekod kesihatan ringkas yang memaparkan keputusan pemeriksaan mereka.