mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2025 – NADI DILEA (OPEN LIVE CLASS) BAHASA INGGERIS

TARIKH: 14 JULAI 2025
MASA: 3.30 – 4.30 PETANG
PESERTA: PESERTA DILEA
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Kelas Bahasa Inggeris yang dibuka khas untuk pelajar sekolah menengah yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa secara interaktif dan menyeronokkan. Kelas ini dikendalikan secara langsung oleh tenaga pengajar berpengalaman, merangkumi pengukuhan tatabahasa, kemahiran menulis, membaca dan pemahaman melalui pelbagai aktiviti menarik serta sesi soal jawab secara langsung.

Aktiviti :
Peserta akan mengikuti sesi pembelajaran secara langsung yang merangkumi latihan tatabahasa (grammar drills), penulisan esei pendek, pemahaman petikan (reading comprehension), perbincangan interaktif, aktiviti kuiz atas talian, serta sesi soal jawab bersama guru. Selain itu, pelajar akan menjalani latihan sebutan (pronunciation practice), perbualan asas (basic conversation), serta teknik menjawab soalan peperiksaan dengan bimbingan secara real-time. Kelas ini juga menyediakan ruang untuk pelajar bertanya dan mendapatkan maklum balas terus daripada tenaga pengajar bagi meningkatkan kefahaman dan keyakinan dalam Bahasa Inggeris.

GAMBAR AKTIVITI