
| TARIKH | : 18 DISEMBER 2025 |
| MASA | : 3.00 – 4.30 PETANG |
| PESERTA | : KOMUNITI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Aktiviti Cybersecurity: Ancaman Kamera Tersembunyi telah berjaya dilaksanakan di NADI FELDA Nenering 1 dengan tujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap ancaman keselamatan siber khususnya berkaitan pencerobohan privasi melalui penggunaan kamera tersembunyi. Sepanjang aktiviti ini, peserta diberi pendedahan mengenai bentuk-bentuk ancaman yang wujud, kesan penyalahgunaan kamera terhadap keselamatan dan maruah individu, serta kepentingan amalan keselamatan digital dalam kehidupan seharian. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan langkah-langkah pencegahan asas bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.
Aktiviti :
Peserta telah diberi penerangan secara interaktif mengenai maksud kamera tersembunyi dan bagaimana ancaman ini boleh berlaku dalam kehidupan seharian. Fasilitator turut menerangkan contoh situasi pencerobohan privasi, lokasi berisiko serta kepentingan berwaspada terhadap persekitaran. Selain itu, peserta didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan asas bagi mengelakkan menjadi mangsa, termasuk amalan penggunaan teknologi secara selamat dan beretika. Sesi soal jawab turut diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan peserta sepanjang aktiviti dijalankan.