TARIKH | APRIL 2025 |
MASA | 2.00 – 4.00 PETANG |
PESERTA | PESERTA MAHIR |
TEMPAT | NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Kelas Tips content creator memberikan pelbagai manfaat seperti meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan kandungan yang kreatif dan menarik, mempelajari strategi untuk menarik dan mengekalkan audiens, serta menguasai penggunaan aplikasi digital seperti Canva dan CapCut. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara meningkatkan jangkauan kandungan melalui teknik seperti SEO dan penggunaan hashtag, di samping membuka peluang menjana pendapatan melalui platform digital. Kelas ini turut memberi inspirasi daripada pengalaman content creator berjaya dan membolehkan peserta membina rangkaian serta kolaborasi yang bermanfaat dalam dunia penciptaan kandungan.
Aktiviti :
Aktiviti yang dilakukan dalam kelas tips untuk content creator termasuklah sesi pengenalan kepada platform media sosial seperti YouTube, TikTok dan Instagram, bengkel praktikal mencipta kandungan seperti merakam video, menyunting gambar dan video menggunakan aplikasi seperti Canva, CapCut dan InShot, serta latihan membina skrip dan storyboard untuk kandungan yang lebih terancang. Peserta juga akan mengikuti perbincangan mengenai strategi penjenamaan peribadi, teknik menarik audiens, penggunaan hashtag berkesan, serta cara menjadual dan merancang kandungan bulanan. Selain itu, sesi soal jawab bersama content creator berpengalaman.