mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2025 : NADI Nurture DiLea – KELAS SPECIAL PROGRAM SEJARAH

TARIKH: APRIL 2025
MASA: 2.30 – 4.30 PETANG
PESERTA: PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Kelas Special Program Sejarah yang dianjurkan sebagai inisiatif pengayaan ilmu untuk memperkukuh pemahaman dalam subjek Sejarah, khususnya bagi persediaan menghadapi peperiksaan. Program ini memberi peluang kepada pelajar mendalami topik-topik penting melalui pendekatan interaktif seperti perbincangan kumpulan, analisis sumber sejarah, serta kuiz yang menyeronokkan. Penyertaan dalam kelas ini bukan sahaja meningkatkan minat terhadap subjek Sejarah, malah membantu memahami peristiwa dan tokoh penting dengan lebih mendalam serta mengasah kemahiran berfikir kritis dan analitis.

Aktiviti :
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Kelas Special Program Sejarah ialah sesi ulang kaji intensif berdasarkan topik-topik penting, perbincangan mengenai isu sejarah, kuiz interaktif , dan tayangan video berkaitan peristiwa sejarah utama. Selain itu, pelajar turut terlibat dalam aktiviti lakonan semula peristiwa sejarah bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan, serta sesi soal jawab bersama guru pakar yang memberi penerangan mendalam tentang teknik menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan.

GAMBAR AKTIVITI