mcmc
Laporan Aktiviti

LAORAN AKTIVITI OGOS 2025 – NADI MAHIR INTAKE 2 ( KELAS MAHIR MASAK MINGGU KETIGA)

TARIKH: 5 OGOS 2025
MASA: 9.30 – 11.00 PAGI
PESERTA: PESERTA MAHIR MASAK
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Kelas Mahir Masak Minggu Kedua yang memfokuskan kepada pembuatan air mocktail memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta bermanfaat. Melalui kelas ini, peserta dapat mempelajari teknik asas mencampur minuman dengan betul, memilih bahan yang sesuai, serta menghasilkan persembahan minuman yang menarik dan kreatif. Ia juga mengasah kemahiran motor halus, kreativiti serta memberi pendedahan kepada aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan dan minuman. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan peserta.

Aktiviti :
Peserta telah diberi penerangan tentang konsep air mocktail, jenis bahan yang digunakan seperti jus buah, soda, herba segar, dan buah-buahan hiasan. Seterusnya, mereka menjalankan aktiviti praktikal menyediakan mocktail mengikut resipi yang diberikan. Peserta turut diajar cara menghias gelas dan mempersembahkan minuman dengan menarik. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan, membolehkan peserta berbincang, bertukar idea, dan membantu antara satu sama lain. Di akhir kelas, setiap kumpulan membentangkan hasil mocktail mereka sebelum sesi penilaian dan perkongsian dilakukan bersama fasilitator.

GAMBAR AKTIVITI