| TARIKH | : 24 OGOS 2025 |
| MASA | : 8.30 PAGI – 1.00 TENGAHARI |
| PESERTA | : KOMUNITI |
| TEMPAT | : KLIAN INTAN, GERIK |
Tujuan :
Menyampaikan maklumat tepat mengenai bantuan, sokongan ekonomi, dan peluang yang disediakan kepada rakyat. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap pelbagai program kerajaan yang boleh dimanfaatkan, memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan, serta memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat yang layak.
Aktiviti :
Jelajah komuniti , pameran bergerak, sesi taklimat bersama agensi kerajaan, ceramah penerangan, serta penyediaan kaunter khidmat nasihat dan pendaftaran bantuan secara terus. Aktiviti ini juga melibatkan penyertaan NGO, pemimpin tempatan, serta sukarelawan bagi menjayakan penyebaran maklumat secara berkesan dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.
