| TARIKH | : 07 FEBRUARI 2026 |
| MASA | : 9.30 – 11.00 PAGI |
| PESERTA | : KOMUNITI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Pertandingan Pencarian Cooking Stars Mahir Masak Intake 2 diadakan bertujuan mencungkil bakat kulineri tempatan dan memberi peluang kepada individu berbakat dalam bidang masakan untuk menyerlahkan potensi mereka. Daya kreativiti peserta juga diuji melalui penyediaan persembahan sajian di hadapan juri dan penonton. Selain memberi pengalaman baru kepada peserta, pertandingan Mahir Masak dapat memberi pendededahan peluang kepada komuniti menjana pendapatan melalui industri makanan dan katering. Aktiviti seperti ini sebenarnya menjadi platform interaksi dan kolaborasi antara peserta, komuniti setempat, NADI serta pihak penganjur.
Aktiviti :
Peserta adalah terdiri dari peserta Mahir Masak Intake 2 dan telah menghantar tugasan-tugasan yang diberikan sepanjang kelas berlangsung. Peserta dikehendaki menyediakan sejenis hidangan makanan (soft cookies) dan minuman. Pertandingan dibahagikan mengikut sesi dan waktu berbeza, dijalankan secara atas talian di NADI masing-masing. Penilaian juri berdasarkan kreativiti, persembahan dan konsep masakan.