| TARIKH | : 08 JANUARI 2026 |
| MASA | : 10.00 PAGI – 2.00 PETANG |
| PESERTA | : KOMUNITI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Aktiviti Fun Before School Begins bertujuan mengisi masa cuti sekolah pelajar dalam komuniti dengan program yang bermanfaat, menyeronokkan dan berunsur pembelajaran. Melalui aktiviti santai, permainan berpasukan dan pembelajaran tidak formal, pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerjasama, kepimpinan serta kreativiti, di samping menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti komuniti yang positif dan sihat.
Selain itu, program ini memberi pendedahan awal kepada kemahiran digital dan penggunaan teknologi maklumat secara beretika melalui kemudahan yang disediakan di NADI. Aktiviti ini juga bertujuan mengurangkan penglibatan dalam aktiviti tidak berfaedah sepanjang cuti sekolah, serta menjadikan NADI sebagai pusat pembelajaran dan aktiviti komuniti yang kondusif dan mesra pelajar.
Aktiviti :
Aktiviti terbahagi kepada TIGA (3) bahagian dimulakan dengan aktiviti Fun ICT: Typing Fast mengikut kategori umur pelajar. Kemudian aktiviti diteruskan dengan permainan Muzikal Chair Ilmu, pelajar yang tersingkir perlu menyelesaikan soalan yang disediakan oleh staf NADI. Aktiviti Fun Before School Begins diteruskan penyediaan makanan secara kreatif dan selamat oleh pelajar, dibimbing oleh staf NADI. Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari teknik mudah penyediaan sushi menggunakan bahan yang ringkas