mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2025 – NADI x LIFELONG LEARNING : SKILL FORGE ESPORT (HAK CIPTA & HARTA INTELEK DALAM E-SUKAN & STRATEGI MEDIA SOSIAL & IMEJ DIRI)

TARIKH: 22 NOVEMBER 2025
MASA: 10.00 – 11.00 PAGI
PESERTA: KOMUNITI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan hak cipta dan harta intelek dalam industri e-sukan, termasuk perlindungan karya digital, penggunaan kandungan pihak ketiga dan pematuhan undang-undang. Selain itu, program ini juga bertujuan membentuk strategi media sosial yang berkesan serta mengukuhkan imej diri sebagai pemain, streamer atau personaliti e-sukan yang profesional dan berintegriti. Dengan pengetahuan ini, peserta dapat mengelakkan risiko undang-undang, membina kehadiran digital yang positif dan mengembangkan kerjaya dalam dunia e-sukan.

Aktiviti :
Taklimat mengenai asas hak cipta, lesen penggunaan kandungan, perlindungan identiti digital, serta situasi sebenar pelanggaran harta intelek dalam e-sukan. Sesi turut disambung dengan bengkel strategi media sosial yang meliputi teknik membina jenama peribadi, konsistensi visual, penghasilan konten yang selamat serta pengurusan interaksi dengan komuniti. Peserta juga menjalani aktiviti praktikal seperti merangka pelan kandungan, menilai risiko hak cipta dalam contoh video atau stream, serta sesi soal jawab bersama penceramah bagi memperkukuh kefahaman dan aplikasi dalam dunia e-sukan.

GAMBAR AKTIVITI