mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – NADI x LIFELONG LEARNING : TINY TECHIES (BENGKEL MAHIR IoT INOVASI SEK MEN : SESI 3)

TARIKH: 18 OKTOBER 2025
MASA: 11.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
PESERTA: KOMUNITI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang konsep dan aplikasi Internet of Things (IoT) dalam kehidupan seharian. Program ini menyokong usaha pembudayaan inovasi dan teknologi dalam kalangan remaja serta membina kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan kerjasama berpasukan. Melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat, bengkel ini juga berperanan menyemai minat pelajar terhadap bidang teknologi dan kejuruteraan sebagai persediaan ke arah kerjaya masa hadapan.

Aktiviti :
Pelajar mengikuti sesi pengenalan kepada konsep IoT, diikuti aktiviti hands-on membina prototaip projek inovasi berasaskan IoT menggunakan mikropengawal seperti Arduino atau ESP32. Peserta akan diajar cara menyambungkan peranti kepada rangkaian, mengumpul data menggunakan sensor, dan memprogram peranti untuk menjalankan fungsi automatik. Sesi penutup akan melibatkan pembentangan projek oleh kumpulan peserta sebagai latihan komunikasi serta menilai tahap kefahaman dan kreativiti dalam menghasilkan solusi inovatif.

GAMBAR AKTIVITI