| TARIKH | : 2 OKTOBER 2025 |
| MASA | : 3.00 – 4.30 PETANG |
| PESERTA | : KOMUNITI NADI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik asas dalam pembuatan biskut moden, khususnya Red Velvet Soft Cookies. Aktiviti ini bertujuan membina kemahiran pelajar dalam menimbang bahan, mencampur adunan, mengawal suhu ketuhar serta menghasilkan tekstur biskut yang lembut dan enak mengikut resipi yang tepat.
Aktiviti :
Sesi dengan mengenal pasti dan menimbang bahan-bahan utama seperti tepung, gula, mentega, serbuk koko, pewarna merah dan cip coklat. Seterusnya, mereka akan mengikuti demonstrasi guru tentang cara mencampur bahan basah dan kering untuk mendapatkan adunan yang sempurna. Setelah adunan siap, pelajar akan membentuk biskut dalam saiz yang ditetapkan dan membakarnya mengikut suhu dan masa yang sesuai. Akhir sesi, pelajar akan menilai hasil biskut dari segi rupa, rasa dan tekstur, serta berbincang tentang penambahbaikan jika perlu.
