| TARIKH | : 2 OKTOBER 2025 |
| MASA | : 3.00 – 4.30 PETANG |
| PESERTA | : KOMUNITI NADI FELDA NENERING 1 |
| TEMPAT | : FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Memperkenalkan peserta kepada kemahiran asas dalam penyediaan dan pembuatan pelbagai jenis pizza seperti Hawaiian Chicken, Beef Pepperoni dan Vegetarian. Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengembangkan minat terhadap bidang kulinari serta memupuk nilai kerjasama, kreativiti dan disiplin dalam menyediakan makanan yang seimbang dan menarik. Program ini juga menyokong prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan memberi peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman baharu di luar bilik darjah.
Aktiviti :
Sepanjang sesi, peserta mahir masak akan didedahkan kepada langkah-langkah penyediaan doh pizza dari awal, penyediaan bahan-bahan topping mengikut jenis pizza yang dipilih, serta teknik memasak yang betul menggunakan ketuhar. Aktiviti akan dijalankan secara berkumpulan bagi menggalakkan semangat berpasukan. Di akhir sesi, peserta akan berpeluang untuk menikmati hasil pizza buatan sendiri serta berkongsi pengalaman dan pandangan.
