mcmc
Uncategorized

LAPORAN AKTIVITI 2025 – NADI x PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : BENGKEL MAHIR TINY TECHIES SEK REN (SUMO ROBOT)

TARIKH: 27 SEPTEMBER 2025
MASA: 10.00 – 11.00 PAGI
PESERTA: KOMUNITI NADI FELDA NENERING 1
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Memperkenalkan asas kemahiran teknologi dan pemikiran logik kepada murid sekolah rendah melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Bengkel Mahir Tiny Techies memberi pendedahan awal kepada bidang robotik melalui aktiviti membina dan mengendalikan Sumo Robot, sejajar dengan usaha melahirkan generasi celik digital serta menyemai minat terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sejak di peringkat awal persekolahan.

Aktiviti :
Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta akan terlibat dalam sesi pengenalan kepada komponen asas robotik, latihan membina dan memprogramkan Sumo Robot. Mereka juga akan dibimbing oleh fasilitator berpengalaman yang akan membantu mengasah kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, dan kreativiti dalam meneroka dunia teknologi secara menyeronokkan dan mudah difahami.

GAMBAR AKTIVITI