| TARIKH | : 10 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | : 9.30 – 11.00 PAGI |
| PESERTA | : PESERTA MAHIR PERTANIAN |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Memberikan pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta mengenai kaedah penyemaian benih terung secara sistematik. Melalui sesi ini, peserta dapat memahami kepentingan teknik semaian yang betul bagi memastikan kadar percambahan benih yang tinggi serta pertumbuhan tanaman yang sihat dan produktif, selaras dengan amalan pertanian moden berskala kecil.
Aktiviti :
Peserta didedahkan kepada proses penyediaan medium semaian, pemilihan benih terung berkualiti, teknik menyemai benih dalam tray atau polibeg, serta kaedah penyiraman dan penyimpanan di tempat teduh yang sesuai. Aktiviti dijalankan secara praktikal di tapak pertanian NADI, dengan bimbingan fasilitator berpengalaman. Peserta turut diajar cara memantau percambahan benih dan mencatat perkembangan semaian dalam buku log masing-masing bagi tujuan pemantauan berterusan.
