mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025 – NADI x PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : STUDIO MAHIR (MAHIR MASAK, MAHIR GADJET & MAHIR PERTANIAN)

TARIKH: 4 SEPTEMBER 2025
MASA: 9.30 PAGI – 11.10 PAGI
PESERTA: PESERTA MAHIR
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Studio Youtube Mahir adalah untuk menimba ilmu dan kemahiran baharu dalam pelbagai bidang praktikal seperti masakan, teknologi, dan pertanian. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk memperkasa diri dengan pengetahuan yang relevan dan bermanfaat dalam kehidupan seharian, selari dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat yang menyokong pembangunan diri secara berterusan.

Aktiviti :
Mahir Masak yang mengajar cara menyediakan Crab Rangoon, sesi Mahir Gajet yang memberi panduan penjagaan bateri dan pemanjangan jangka hayat peranti, serta modul Mahir Pertanian yang memfokus kepada penyediaan baja A+B secara praktikal. Setiap sesi dilengkapi dengan demonstrasi langsung, aktiviti hands-on, dan ruang soal jawab untuk memastikan peserta benar-benar memahami serta mampu mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

GAMBAR AKTIVITI