| TARIKH | : 28 OGOS 2025 |
| MASA | : 3.00 – 4.30 PETANG |
| PESERTA | : KOMUNITI |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
“Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web” bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai, khususnya golongan belia, tentang realiti serta ancaman siber yang tersembunyi di sebalik dunia gelap internet. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan data peribadi, jenayah siber, serta kepentingan mengamalkan etika dan langkah keselamatan ketika melayari alam maya.
Aktiviti :
Penjelasan tentang apa itu Dark Web, bagaimana data dicuri dan dijual, serta kes-kes jenayah digital yang pernah berlaku. Aktiviti turut merangkumi sesi soal jawab interaktif, kuiz keselamatan siber secara langsung, dan pemberian e-sijil kepada peserta. Selain itu, peserta diberi pendedahan terhadap langkah-langkah perlindungan siber asas yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian.
