mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2025 – LIFELONG LEARNING – NADI MAHIR INTAKE 2 : MAHIR MASAK MINGGU 6 (PEMBUATAN KOREAN GARLIC CHEESE BUN)

TARIKH: 28 OGOS 2025
MASA: 3.00 – 4.30 PETANG
PESERTA: PESERTA MAHIR MASAK
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Program Mahir Masak Minggu 6 yang memfokuskan kepada pembuatan Korean Garlic Cheese Bun bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada resipi moden yang popular serta mengasah kemahiran asas dalam bidang pembuatan roti dan pastri. Inisiatif ini juga bermatlamat memberi pendedahan kepada peluang menjana pendapatan melalui kemahiran memasak, terutamanya dalam kalangan suri rumah, belia, dan usahawan kecil.

Aktiviti :
Sepanjang sesi Mahir Masak ini, peserta diperkenalkan dengan bahan-bahan utama serta langkah demi langkah dalam menyediakan Korean Garlic Cheese Bun, termasuk teknik menguli doh, penyediaan inti keju, dan penyediaan sos bawang putih. Peserta turut diberi peluang menjalankan demonstrasi secara praktikal dengan bimbingan tenaga pengajar.

GAMBAR AKTIVITI