mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2025 – PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG PERINGKAT NADI SIRI 3

TARIKH: 23 OGOS 2025
MASA: 2.00 – 5.30 PETANG
PESERTA: PELAJAR
TEMPAT: NADI FELDA NENERING 1

Tujuan :
Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang Peringkat NADI Siri 3 dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan belia melalui platform e-sukan yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Selain itu, pertandingan ini juga berfungsi sebagai medium untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang e-sukan, memperkasakan penglibatan belia dalam aktiviti yang sihat dan berfaedah, serta menyatukan komuniti setempat melalui minat yang sama.

Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan dalam pertandingan ini termasuk sesi pendaftaran pasukan, taklimat teknikal, perlawanan peringkat kumpulan hingga ke pusingan akhir, serta sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah, jualan makanan dan minuman, serta pameran mini berkaitan teknologi dan permainan digital bagi menarik pengunjung serta mewujudkan suasana yang meriah dan inklusif.

GAMBAR AKTIVITI