TARIKH | : 19 JULAI 2025 |
MASA | : 10.00 – 12.00 TENGAHARI |
PESERTA | : PESERTA TINY TECHIES |
TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
Sebuah bengkel ulangkaji khas untuk pelajar sekolah menengah yang ingin mempelajari asas pengaturcaraan dengan cara yang mudah, interaktif dan menyeronokkan. Bengkel ini bertujuan membantu pelajar mengukuhkan pemahaman dalam bidang teknologi serta memberi pendedahan awal kepada bahasa pengaturcaraan Python yang kini menjadi kemahiran penting dalam dunia digital.
Aktiviti :
Peserta akan diperkenalkan kepada asas pengaturcaraan menggunakan bahasa Python termasuk pengenalan kepada sintaks asas, pemboleh ubah, gelung (loops), struktur kawalan, fungsi serta latihan praktikal membina atur cara ringkas. Aktiviti dijalankan secara bimbingan berperingkat dengan pendekatan pembelajaran interaktif, kuiz digital, permainan kod (coding games) dan sesi penyelesaian masalah (problem solving) secara berkumpulan bagi memupuk kemahiran berfikir secara logik dan kreatif.