mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2025 – BENGKEL TOT KEMPEN INTERNET SELAMAT BERSAMA KAKITANGAN NADI KLUSTER HULU PERAK

TARIKH: 8 JULAI 2025
MASA: 9.00 PAGI – 4.30 PETANG
PESERTA: PETUGAS NADI HULU PERAK
TEMPAT : NADI GERIK

Tujuan :
Bengkel TOT Kempen Internet Selamat (KIS) bersama Kakitangan NADI Kluster Hulu Perak bertujuan memberi pendedahan, latihan dan kefahaman yang mendalam kepada para kakitangan berkaitan keselamatan penggunaan internet, etika dalam talian serta langkah-langkah perlindungan data peribadi. Melalui pendekatan Latihan untuk Jurulatih (Training of Trainers), peserta dibimbing untuk menjadi penyampai maklumat yang berkesan kepada komuniti setempat, sekaligus memperkasakan usaha mendidik masyarakat tentang penggunaan internet secara bertanggungjawab dan selamat.

Aktiviti :
Antara aktiviti dalam Bengkel TOT Kempen Internet Selamat bersama Kakitangan NADI Kluster Hulu Perak termasuk sesi taklimat oleh MCMC , pembentangan isu dan kes sebenar berkaitan jenayah siber, simulasi senario keselamatan dalam talian, serta latihan komunikasi berkesan bagi tujuan penyampaian maklumat kepada komuniti – semuanya bertujuan melahirkan jurulatih yang mampu mendidik masyarakat tentang penggunaan internet secara bijak dan selamat.

GAMBAR AKTIVITI