| TARIKH | : 21 OGOS 2025 |
| MASA | : 3.00 – 5.00 PETANG |
| PESERTA | : PELAJAR SEKOLAH |
| TEMPAT | : NADI FELDA NENERING 1 |
Tujuan :
NADI x Awareness dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman murid terhadap isu-isu keselamatan digital yang kian meruncing dalam kalangan pengguna remaja dan kanak-kanak. Penganjuran taklimat ini memberi fokus kepada dua topik penting iaitu Buli Siber dan Pembelian Dalam Talian, dengan pendekatan mengikut tahap umur yang sesuai. Objektif utama adalah untuk mendidik murid agar lebih peka, bertanggungjawab serta beretika dalam penggunaan teknologi, sekali gus membina literasi digital dan keselamatan siber dalam kalangan generasi muda.
Aktiviti :
Program dibahagikan kepada dua sesi taklimat utama :
Murid juga didedahkan kepada kes-kes sebenar berkaitan penyalahgunaan data dan penipuan pembayaran, bagi meningkatkan kepekaan terhadap risiko dunia digital.
📌Taklimat Buli Siber :
Menyentuh aspek mengenal pasti bentuk buli siber, kesan terhadap emosi dan psikologi, serta langkah-langkah pencegahan dan saluran aduan yang betul.
📌Taklimat Pembelian Dalam Talian :
Memberi pendedahan tentang hak pengguna, penipuan dalam talian (scam), cara membuat pembelian selamat, serta penggunaan platform e-dagang dengan bijak.
